Siapa Penulis al-Quran?

"Sesungguhnya sejak dari dahulu lagi manusia, dan orang-orang yang tidak beriman pada Allah swt telah mempersoal kebenaran al-Quran itu dari Allah swt. Mereka mengatakan al-Quran itu adalah kata-kata Muhammad saw, ..

Hidup untuk di uji

"adakah hari-hari yang kita lalui penuh dengan keluh kesah? duka cita terhadap kesukaran hidup? cubaan dan ujian? kesakitan dan kesengsaraan? kekecewaan dan putus asa? Jika ya, marilah kita hayati apakah penawar yang telah Allah swt sediakan kepada persoalan-persoalan tersebut...

Apakah Kita fikir...

"Hari ini jika seorang usahawan yang berjaya, untuk memiliki sebuah rangkaian perniagaan yang hebat dan di kenali ramai, berapa lamakah masa dan usaha yang perlu dikorbankan untuk mendapat hasil yang lumayan?

Wahai lelaki..

"apakah wujud di fikiran kita bahawa solat fardhu 5 waktu berjemaah di masjid itu satu tanggungjawab kita terhadap agama sebagaimana kita faham bahawa mencari rezeki untuk keluarga adalah satu tanggungjawab sebagai seorang suami?

Perniagaan Yang tidak akan Rugi

"Dalam sejarah kehidupan manusia sejak dari dahulu hinggalah zaman hari ini, manusia sentiasa berfikir dan mencari jalan bagaimana cara untuk mendapat keuntungan dalam kehidupan di dunia. Manusia melakukan tenung nasib...manusia mengamalkan riba..manusia melakukan rasuah...dan

Saturday 2 July 2011

Hidup untuk di uji..


Assalamualaikum..

adakah hari-hari yang kita lalui penuh dengan keluh kesah? duka cita terhadap kesukaran hidup? cubaan dan ujian? kesakitan dan kesengsaraan? kekecewaan dan putus asa? Jika ya, marilah kita hayati apakah penawar yang telah Allah swt sediakan kepada persoalan-persoalan tersebut.


الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَل

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya? al-Mulk:2


أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا ءَامَنَّا وَهُمْ لاَيُفْتَنُونَ
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? al-Ankabut:2


وَلَقَد فَتَنَّا الَّذينَ مِن قَبلِهِم ۖ فَلَيَعلَمَنَّ اللَّهُ الَّذينَ صَدَقوا وَلَيَعلَمَنَّ الكٰذِبينَ

 Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. al-Ankabut:٣


وَلَنَبلُوَنَّكُم بِشَيءٍ مِنَ الخَوفِ وَالجوعِ وَنَقصٍ مِنَ الأَموٰلِ وَالأَنفُسِ وَالثَّمَرٰتِ ۗ وَبَشِّرِ الصّٰبِرينَ 

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: البقرة:١٥٥

أَم حَسِبتُم أَن تَدخُلُوا الجَنَّةَ وَلَمّا يَعلَمِ اللَّهُ الَّذينَ جٰهَدوا مِنكُم وَيَعلَمَ الصّٰبِرينَ 

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? العمران:١٤٢


أَم حَسِبتُم أَن تَدخُلُوا الجَنَّةَ وَلَمّا يَأتِكُم مَثَلُ الَّذينَ خَلَوا مِن قَبلِكُم ۖ مَسَّتهُمُ البَأساءُ وَالضَّرّاءُ وَزُلزِلوا حَتّىٰ يَقولَ الرَّسولُ وَالَّذينَ ءامَنوا مَعَهُ مَتىٰ نَصرُ اللَّهِ ۗ أَلا إِنَّ نَصرَ اللَّهِ قَريبٌ

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).  al-Baqarah:214

لَتُبلَوُنَّ فى أَموٰلِكُم وَأَنفُسِكُم وَلَتَسمَعُنَّ مِنَ الَّذينَ أوتُوا الكِتٰبَ مِن قَبلِكُم وَمِنَ الَّذينَ أَشرَكوا أَذًى كَثيرًا ۚ وَإِن تَصبِروا وَتَتَّقوا فَإِنَّ ذٰلِكَ مِن عَزمِ الأُمورِ
 
Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). العمران:186


Tahukah kita bahawa manusia yang paling hebat di uji adalah para Nabi???

أَشَدُّ النَّاسِ بَلاَءً اَلأَنْبِيَاءُ (ثُمَّ الصَّالِحُوْنَ) ثُمَّ الأَمْثَلُ فَالأَمْثَلُ يُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِيْنِهِ فَإِنْ كَانَ فِيْ دِيْنِهِ صُلْبًا اِشْتَدَّ بَلاَؤُهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ دِيْنِهِ رِقَّةً اُبْتُلِيَ عَلَى قَدْرِ دِيْنِهِ فَمَا يَبْرَحُ الْبَلاَءُ بِالْعَبْدِ حَتَّى يَتْرُكَهُ يَمْشِى عَلَى الأَرْضِ وَ مَا عَلَيْهِ خَطِيْئَةٌ
Manusia yang paling berat ujiannya adalah para Nabi (kemudian orang-orang soleh) kemudian yang lebih setingkat demi setingkat. Seseorang diuji menurut kadar agamanya, semakin kuat dalam agamanya semakin berat ujiannya. Semakin lemah agamanya, maka diapun diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan terus melekat kepada seorang hamba, sampai dibiarkannya dia berjalan di permukaan bumi dalam keadaan tidak memiliki kesalahan[1]

[1] Hr. At Tirmidzi, Kitab Az Zuhud, Hadits nomor 2398. Ibnu Majah, Kitab Al Fitan, Hadits nomor 4023. Ad Darimi, Kitab Ar Roqoiq, hadits nomor 2783. Ahmad Juz 1 halaman 172, 174, 180, 185, juz 6 halaman 229. Terdapat dalam Shohih Al Jami` hadits nomor 922. Untuk memperluas, lihat syarh hadits dalam Al Misykat hadits nomor 1562.
 
Maka, Janganlah berduka cita mahupun kecewa.. 

وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلاَّ أَن يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ
Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mu'min itu melainkan karena orang yang mu'min itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. al-Buruj:8

إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ : إِذَا ابْتُلِيْتُ عَبْدِيْ بِحَبِيْبَتَيْهِ فَصَبَرَ عَوَّضْتُهُ عَنْهُمَا الجَنَّةَ
Sesungguhnya Allah Ta`ala berfirman : Jika Aku menguji hambaKu dengan dua kecintaannya, lalu dia sabar, niscaya Aku akan mengganti keduanya dengan jannah”. [2]

[2] Hr. Al Bukhori, Kitab Al Mardho, Bab Fadhl Man Dzahaba Bashoruhu, Hadits nomor 5653. Lihat Fathul Bari Juz 10 Halaman 116-118  

يَقُوْلُ تَعَالَى : مَا لِعَبْدِي الْمُؤْمِنِ عِنْدِيْ جَزَاءٌ إِذَا قَبَضْتُ صَفِيَهُ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا ثُمَّ احْتَسَبَهُ إِلاَّ الجَنَّةُ

Allah Ta`ala berfirman : Tidak ada balasan bagi hambaKu yang beriman saat Aku wafatkan orang tercintanya di dalam dunia kemudian dia bersabar kecuali baginya Jannah”. [3]
Arti صَفِيَهُ menurut Ibnu Hajar adalah : “Kekasih terpilih, seperti anak, saudara dan setiap orang yang dicintai manusia”. [4]
 
[3] Hr. Al Bukhori, Kitab Ar Roqoiq, Bab Al Amal Alladzi Yabtaghi Bihi Wajhallah Ta`ala, Hadits nomor 6424
[4] Al Fath, Juz II halaman 242
  

Semoga dapat memberi manfaat buat semua, apa yang kita tahu, dapat juga di sampaikan pada yang lain.

Wednesday 29 June 2011

Siapa penulis al-Quran?

Siapakah Penulis al-Quran?

Sesungguhnya sejak dari dahulu lagi manusia, dan orang-orang yang tidak beriman pada Allah swt telah mempersoal kebenaran al-Quran itu dari Allah swt. Mereka mengatakan al-Quran itu adalah kata-kata Muhammad saw, Namun Allah swt telah berulang kali menerangkan, bahawa al-Quran itu adalah dari Allah swt dan bukannya dari Muhammad saw. Tahukah kita bahawa terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan bahawa al-Quran adalah Kalamullah?

 
[Ash-Shu’ara:191-195]
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. [191]

Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. [192]

Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. [193]

Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). [194]

(Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata. [195]


[as-Sajjadah:2-4]
Diturunkan Al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [2]

(Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian) bahkan mereka mengatakan: “Dia lah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya”. (Dakwaan mereka itu tidaklah benar) bahkan Al-Quran ialah perkara yang benar dari Tuhanmu (wahai Muhammad), supaya engkau memberi ingatan dan amaran kepada kaum (mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang pemberi ingatan dan amaran sebelummu, semoga mereka beroleh hidayah petunjuk. [3]

Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)? [4]

[al-Hijr:9]
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. [9]


[al-Imran:7]
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. [7]

[al-Kahf:1-3]
Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): [1]

(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. [2]

Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya. [3]

[Ibrahim:1-2]
Alif, Laam, Raa’. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman – dengan izin Tuhan mereka – ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji. [1]

Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi; dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak). [2]


[an-Nisa:82]
Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya. [82]


[al-Isra:88]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri”. [88]


[Hud:13-14]
Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: “Ia (Muhammad) yang mereka-reka Al-Quran itu! ” katakanlah (wahai Muhammad): “(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar”. [13]

Oleh itu, jika mereka (penolong-penolong kamu) tidak dapat melaksanakan permintaan kamu (untuk membuat surah-surah yang sebanding dengan Al-Quran), maka ketahuilah bahawa Al-Quran itu diturunkan hanyalah menurut pengetahuan Allah, dan bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Setelah (terbukti hakikat yang demikian) maka adakah kamu mengakui Islam dan menurut aturannya? [14]

[al-Baqarah:23-24]
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. [23]

Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir. [24]

Monday 20 June 2011

Perniagaan Yang tidak akan Rugi

Assalamualaikum wrt.

Dalam sejarah kehidupan manusia sejak dari dahulu hinggalah zaman hari ini, manusia sentiasa berfikir dan mencari jalan bagaimana cara untuk mendapat keuntungan dalam kehidupan di dunia. Manusia melakukan tenung nasib...manusia mengamalkan riba..manusia melakukan rasuah...dan manusia juga menipu dalam berjual beli. kitaran ini tidak pernah berhenti sungguhpun Islam telah tersebar di seluruh pelusuk dunia.

adakah kita sedar, Allah juga menawarkan kepada manusia perniagaan yang tidak ada risiko dan pasti akan berjaya. malah tidak akan rugi!

di dalam surah as-Saff Allah swt bertanya kepada manusia (kita):

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? ayat:10

Namun, apakah modalnya untuk melakukan perniagaan ini? inilah modalnya:

1. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta
2. kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu
    [yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)]. ayat:11

apakah ganjaran dan keuntungan yang bakal di perolehi?

1. (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan
2. memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta
3. ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “.
    [Itulah kemenangan yang besar]. ayat:12

Bonus tambahan?

4. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. ayat:13


Apakah kita sudah bersedia untuk 'deal' dengan Allah swt?

Wahai lelaki..

wahai lelaki..

apakah wujud di fikiran kita bahawa solat fardhu 5 waktu berjemaah di masjid itu satu tanggungjawab kita terhadap agama sebagaimana kita  faham bahawa mencari rezeki untuk keluarga adalah satu tanggungjawab sebagai seorang suami?

Ingatlah kalian kepada-Ku niscaya Aku pun akan mengingat kalian.” (al-Baqarah:102)

Hai orang-orang yang beriman, ingatlah kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya…” (al-Ahzab: 41).

 “Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta dan anak-anak kalian melalaikan kalian dari mengingat Allah.” (al-Munafiqun: 9).

 Rasulullah saw bersabda, “Tidaklah suatu kaum berkumpul seraya mengingati Allah, melainkan pasti malaikat akan menaungi mereka, rahmat meliputi mereka, ketenteraman turun kepada mereka, dan Allah akan menyebut-nyebut nama mereka di hadapan malaikat yang di sisi-Nya.” (HR. Muslim).

wahai wanita..
apakah suami, saudara-saudara lelaki kita telah menjalankan amanah agama? adakah mereka menunaikan solat berjemaah di masjid? atau adakah kita para wanita yang menjadi punca penghalang kepada saudara lelaki dan suami kita dari ke masjid?

fikir-fikirkan..

Apakah Kita fikir...

Assalamualaikum

Hari ini jika seorang usahawan yang berjaya, untuk memiliki sebuah rangkaian perniagaan yang hebat dan di kenali ramai, berapa lamakah masa dan usaha yang perlu dikorbankan untuk mendapat hasil yang lumayan?

Hari ini jika seorang peneroka yang berjaya, untuk memiliki tanah yg berekar-ekar  bidangnya, berapa tahunkah masa yg di perlukan utk membanting tulang?

Hari ini jika seorang penjawat awam yang berjaya, berapa tahunkah usaha dan masa yang di perlukan bagi memiliki jawatan yang tinggi sehingga mencapai tahap Jusa?

Hari ini jika kita masih Muslim yang sama seperti 20 tahun lalu, tiada usaha kearah Syurga, tiada amalan dan pengorbanan, dengan hanya memakai name tag "MUSLIM" tanpa sebarang usaha, apakah kita fikir mahligai Syurga milik kita?

-sama-samalah kita fikirkan..

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh(bersusah-payah) kerana memenuhi kehendak Agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya"-al-Ankabut:69

Isi Kandungan al-Quran

Assalamualaikum.
Walaupun al-Quran telah di kaji oleh manusia sejak 1432tahun lalu, namun isi kandungannya tidak pernah menjemukan manusia dari membacanya. Manusia sentiasa mengkaji al-Quran yang penuh dengan mukjizat, sejarah, fakta, dan hukum alam. malah telah ramai di kalangan bukan Islam kembali kepada Fitrah Islam setelah mendapat hidayah melalui al-Quran.

 “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”. al-Kahfi:109

adakah kita bersedia untuk mengetahui isi kandungan al-Quran?

Tawaran yang tiada tara bandingannya.

Assalamualaikum.

Pernahkah kita berfikir bahawa Allah swt sentiasa memberi tawaran kepada hamba-hambanya di mana tawaran Allah swt tiada tara bandingannya.

Di dalam surah at-Thallaq, Allah swt telah membuat penawaran kepada manusia sebanyak tiga kali supaya manusia bertakwa kepada Allah di mana ganjarannya amat terlalu besar. apakah ganjaran hasil dari tawaran Allah swt supaya manusia bertaqwa?

1. sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). ayat:2

2. sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya. ayat:4

3. sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya. ayat:5

adakah kita telah bersedia untuk menerima tawaran Allah swt? think it!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More