Siapa Penulis al-Quran?

"Sesungguhnya sejak dari dahulu lagi manusia, dan orang-orang yang tidak beriman pada Allah swt telah mempersoal kebenaran al-Quran itu dari Allah swt. Mereka mengatakan al-Quran itu adalah kata-kata Muhammad saw, ..

Hidup untuk di uji

"adakah hari-hari yang kita lalui penuh dengan keluh kesah? duka cita terhadap kesukaran hidup? cubaan dan ujian? kesakitan dan kesengsaraan? kekecewaan dan putus asa? Jika ya, marilah kita hayati apakah penawar yang telah Allah swt sediakan kepada persoalan-persoalan tersebut...

Apakah Kita fikir...

"Hari ini jika seorang usahawan yang berjaya, untuk memiliki sebuah rangkaian perniagaan yang hebat dan di kenali ramai, berapa lamakah masa dan usaha yang perlu dikorbankan untuk mendapat hasil yang lumayan?

Wahai lelaki..

"apakah wujud di fikiran kita bahawa solat fardhu 5 waktu berjemaah di masjid itu satu tanggungjawab kita terhadap agama sebagaimana kita faham bahawa mencari rezeki untuk keluarga adalah satu tanggungjawab sebagai seorang suami?

Perniagaan Yang tidak akan Rugi

"Dalam sejarah kehidupan manusia sejak dari dahulu hinggalah zaman hari ini, manusia sentiasa berfikir dan mencari jalan bagaimana cara untuk mendapat keuntungan dalam kehidupan di dunia. Manusia melakukan tenung nasib...manusia mengamalkan riba..manusia melakukan rasuah...dan

Showing posts with label Apakah kita fikir. Show all posts
Showing posts with label Apakah kita fikir. Show all posts

Monday, 20 June 2011

Apakah Kita fikir...

Assalamualaikum

Hari ini jika seorang usahawan yang berjaya, untuk memiliki sebuah rangkaian perniagaan yang hebat dan di kenali ramai, berapa lamakah masa dan usaha yang perlu dikorbankan untuk mendapat hasil yang lumayan?

Hari ini jika seorang peneroka yang berjaya, untuk memiliki tanah yg berekar-ekar  bidangnya, berapa tahunkah masa yg di perlukan utk membanting tulang?

Hari ini jika seorang penjawat awam yang berjaya, berapa tahunkah usaha dan masa yang di perlukan bagi memiliki jawatan yang tinggi sehingga mencapai tahap Jusa?

Hari ini jika kita masih Muslim yang sama seperti 20 tahun lalu, tiada usaha kearah Syurga, tiada amalan dan pengorbanan, dengan hanya memakai name tag "MUSLIM" tanpa sebarang usaha, apakah kita fikir mahligai Syurga milik kita?

-sama-samalah kita fikirkan..

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh(bersusah-payah) kerana memenuhi kehendak Agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya"-al-Ankabut:69

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More