Siapa Penulis al-Quran?

"Sesungguhnya sejak dari dahulu lagi manusia, dan orang-orang yang tidak beriman pada Allah swt telah mempersoal kebenaran al-Quran itu dari Allah swt. Mereka mengatakan al-Quran itu adalah kata-kata Muhammad saw, ..

Hidup untuk di uji

"adakah hari-hari yang kita lalui penuh dengan keluh kesah? duka cita terhadap kesukaran hidup? cubaan dan ujian? kesakitan dan kesengsaraan? kekecewaan dan putus asa? Jika ya, marilah kita hayati apakah penawar yang telah Allah swt sediakan kepada persoalan-persoalan tersebut...

Apakah Kita fikir...

"Hari ini jika seorang usahawan yang berjaya, untuk memiliki sebuah rangkaian perniagaan yang hebat dan di kenali ramai, berapa lamakah masa dan usaha yang perlu dikorbankan untuk mendapat hasil yang lumayan?

Wahai lelaki..

"apakah wujud di fikiran kita bahawa solat fardhu 5 waktu berjemaah di masjid itu satu tanggungjawab kita terhadap agama sebagaimana kita faham bahawa mencari rezeki untuk keluarga adalah satu tanggungjawab sebagai seorang suami?

Perniagaan Yang tidak akan Rugi

"Dalam sejarah kehidupan manusia sejak dari dahulu hinggalah zaman hari ini, manusia sentiasa berfikir dan mencari jalan bagaimana cara untuk mendapat keuntungan dalam kehidupan di dunia. Manusia melakukan tenung nasib...manusia mengamalkan riba..manusia melakukan rasuah...dan

Showing posts with label Surah at-Thallaq. Show all posts
Showing posts with label Surah at-Thallaq. Show all posts

Monday, 20 June 2011

Tawaran yang tiada tara bandingannya.

Assalamualaikum.

Pernahkah kita berfikir bahawa Allah swt sentiasa memberi tawaran kepada hamba-hambanya di mana tawaran Allah swt tiada tara bandingannya.

Di dalam surah at-Thallaq, Allah swt telah membuat penawaran kepada manusia sebanyak tiga kali supaya manusia bertakwa kepada Allah di mana ganjarannya amat terlalu besar. apakah ganjaran hasil dari tawaran Allah swt supaya manusia bertaqwa?

1. sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). ayat:2

2. sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya. ayat:4

3. sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya. ayat:5

adakah kita telah bersedia untuk menerima tawaran Allah swt? think it!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More