Siapa Penulis al-Quran?

"Sesungguhnya sejak dari dahulu lagi manusia, dan orang-orang yang tidak beriman pada Allah swt telah mempersoal kebenaran al-Quran itu dari Allah swt. Mereka mengatakan al-Quran itu adalah kata-kata Muhammad saw, ..

Hidup untuk di uji

"adakah hari-hari yang kita lalui penuh dengan keluh kesah? duka cita terhadap kesukaran hidup? cubaan dan ujian? kesakitan dan kesengsaraan? kekecewaan dan putus asa? Jika ya, marilah kita hayati apakah penawar yang telah Allah swt sediakan kepada persoalan-persoalan tersebut...

Apakah Kita fikir...

"Hari ini jika seorang usahawan yang berjaya, untuk memiliki sebuah rangkaian perniagaan yang hebat dan di kenali ramai, berapa lamakah masa dan usaha yang perlu dikorbankan untuk mendapat hasil yang lumayan?

Wahai lelaki..

"apakah wujud di fikiran kita bahawa solat fardhu 5 waktu berjemaah di masjid itu satu tanggungjawab kita terhadap agama sebagaimana kita faham bahawa mencari rezeki untuk keluarga adalah satu tanggungjawab sebagai seorang suami?

Perniagaan Yang tidak akan Rugi

"Dalam sejarah kehidupan manusia sejak dari dahulu hinggalah zaman hari ini, manusia sentiasa berfikir dan mencari jalan bagaimana cara untuk mendapat keuntungan dalam kehidupan di dunia. Manusia melakukan tenung nasib...manusia mengamalkan riba..manusia melakukan rasuah...dan

Showing posts with label Surah as-Saff. Show all posts
Showing posts with label Surah as-Saff. Show all posts

Monday, 20 June 2011

Perniagaan Yang tidak akan Rugi

Assalamualaikum wrt.

Dalam sejarah kehidupan manusia sejak dari dahulu hinggalah zaman hari ini, manusia sentiasa berfikir dan mencari jalan bagaimana cara untuk mendapat keuntungan dalam kehidupan di dunia. Manusia melakukan tenung nasib...manusia mengamalkan riba..manusia melakukan rasuah...dan manusia juga menipu dalam berjual beli. kitaran ini tidak pernah berhenti sungguhpun Islam telah tersebar di seluruh pelusuk dunia.

adakah kita sedar, Allah juga menawarkan kepada manusia perniagaan yang tidak ada risiko dan pasti akan berjaya. malah tidak akan rugi!

di dalam surah as-Saff Allah swt bertanya kepada manusia (kita):

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? ayat:10

Namun, apakah modalnya untuk melakukan perniagaan ini? inilah modalnya:

1. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta
2. kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu
    [yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)]. ayat:11

apakah ganjaran dan keuntungan yang bakal di perolehi?

1. (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan
2. memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta
3. ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “.
    [Itulah kemenangan yang besar]. ayat:12

Bonus tambahan?

4. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. ayat:13


Apakah kita sudah bersedia untuk 'deal' dengan Allah swt?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More