Siapa Penulis al-Quran?
"Sesungguhnya sejak dari dahulu lagi manusia, dan orang-orang yang tidak beriman pada Allah swt telah mempersoal kebenaran al-Quran itu dari Allah swt. Mereka mengatakan al-Quran itu adalah kata-kata Muhammad saw, ..
Hidup untuk di uji
"adakah hari-hari yang kita lalui penuh dengan keluh kesah? duka cita terhadap kesukaran hidup? cubaan dan ujian? kesakitan dan kesengsaraan? kekecewaan dan putus asa? Jika ya, marilah kita hayati apakah penawar yang telah Allah swt sediakan kepada persoalan-persoalan tersebut...
Apakah Kita fikir...
"Hari ini jika seorang usahawan yang berjaya, untuk memiliki sebuah rangkaian perniagaan yang hebat dan di kenali ramai, berapa lamakah masa dan usaha yang perlu dikorbankan untuk mendapat hasil yang lumayan?
Wahai lelaki..
"apakah wujud di fikiran kita bahawa solat fardhu 5 waktu berjemaah di masjid itu satu tanggungjawab kita terhadap agama sebagaimana kita faham bahawa mencari rezeki untuk keluarga adalah satu tanggungjawab sebagai seorang suami?
Perniagaan Yang tidak akan Rugi
"Dalam sejarah kehidupan manusia sejak dari dahulu hinggalah zaman hari ini, manusia sentiasa berfikir dan mencari jalan bagaimana cara untuk mendapat keuntungan dalam kehidupan di dunia. Manusia melakukan tenung nasib...manusia mengamalkan riba..manusia melakukan rasuah...dan
Saturday, 2 July 2011
Hidup untuk di uji..
Wednesday, 29 June 2011
Siapa penulis al-Quran?
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. [191]
Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. [192]
Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. [193]
Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). [194]
(Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata. [195]
Diturunkan Al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [2]
(Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian) bahkan mereka mengatakan: “Dia lah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya”. (Dakwaan mereka itu tidaklah benar) bahkan Al-Quran ialah perkara yang benar dari Tuhanmu (wahai Muhammad), supaya engkau memberi ingatan dan amaran kepada kaum (mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang pemberi ingatan dan amaran sebelummu, semoga mereka beroleh hidayah petunjuk. [3]
Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)? [4]
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. [9]
Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): [1]
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. [2]
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya. [3]
Alif, Laam, Raa’. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman – dengan izin Tuhan mereka – ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji. [1]
Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi; dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak). [2]
Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya. [82]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri”. [88]
Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: “Ia (Muhammad) yang mereka-reka Al-Quran itu! ” katakanlah (wahai Muhammad): “(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar”. [13]
Oleh itu, jika mereka (penolong-penolong kamu) tidak dapat melaksanakan permintaan kamu (untuk membuat surah-surah yang sebanding dengan Al-Quran), maka ketahuilah bahawa Al-Quran itu diturunkan hanyalah menurut pengetahuan Allah, dan bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Setelah (terbukti hakikat yang demikian) maka adakah kamu mengakui Islam dan menurut aturannya? [14]
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. [23]
Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir. [24]
Monday, 20 June 2011
Perniagaan Yang tidak akan Rugi
Dalam sejarah kehidupan manusia sejak dari dahulu hinggalah zaman hari ini, manusia sentiasa berfikir dan mencari jalan bagaimana cara untuk mendapat keuntungan dalam kehidupan di dunia. Manusia melakukan tenung nasib...manusia mengamalkan riba..manusia melakukan rasuah...dan manusia juga menipu dalam berjual beli. kitaran ini tidak pernah berhenti sungguhpun Islam telah tersebar di seluruh pelusuk dunia.
adakah kita sedar, Allah juga menawarkan kepada manusia perniagaan yang tidak ada risiko dan pasti akan berjaya. malah tidak akan rugi!
di dalam surah as-Saff Allah swt bertanya kepada manusia (kita):
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? ayat:10
Namun, apakah modalnya untuk melakukan perniagaan ini? inilah modalnya:
1. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta
2. kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu
[yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)]. ayat:11
apakah ganjaran dan keuntungan yang bakal di perolehi?
1. (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan
2. memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta
3. ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “.
[Itulah kemenangan yang besar]. ayat:12
Bonus tambahan?
4. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. ayat:13
Apakah kita sudah bersedia untuk 'deal' dengan Allah swt?
Wahai lelaki..
apakah wujud di fikiran kita bahawa solat fardhu 5 waktu berjemaah di masjid itu satu tanggungjawab kita terhadap agama sebagaimana kita faham bahawa mencari rezeki untuk keluarga adalah satu tanggungjawab sebagai seorang suami?
“Ingatlah kalian kepada-Ku niscaya Aku pun akan mengingat kalian.” (al-Baqarah:102)
“Hai orang-orang yang beriman, ingatlah kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya…” (al-Ahzab: 41).
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta dan anak-anak kalian melalaikan kalian dari mengingat Allah.” (al-Munafiqun: 9).
Rasulullah saw bersabda, “Tidaklah suatu kaum berkumpul seraya mengingati Allah, melainkan pasti malaikat akan menaungi mereka, rahmat meliputi mereka, ketenteraman turun kepada mereka, dan Allah akan menyebut-nyebut nama mereka di hadapan malaikat yang di sisi-Nya.” (HR. Muslim).
wahai wanita..
apakah suami, saudara-saudara lelaki kita telah menjalankan amanah agama? adakah mereka menunaikan solat berjemaah di masjid? atau adakah kita para wanita yang menjadi punca penghalang kepada saudara lelaki dan suami kita dari ke masjid?
fikir-fikirkan..
Apakah Kita fikir...
Isi Kandungan al-Quran
Tawaran yang tiada tara bandingannya.
Pernahkah kita berfikir bahawa Allah swt sentiasa memberi tawaran kepada hamba-hambanya di mana tawaran Allah swt tiada tara bandingannya.
Di dalam surah at-Thallaq, Allah swt telah membuat penawaran kepada manusia sebanyak tiga kali supaya manusia bertakwa kepada Allah di mana ganjarannya amat terlalu besar. apakah ganjaran hasil dari tawaran Allah swt supaya manusia bertaqwa?
1. sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). ayat:2
2. sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya. ayat:4
3. sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya. ayat:5
adakah kita telah bersedia untuk menerima tawaran Allah swt? think it!